Fereena Beauty Care

Fereena Beauty Care merupakan anak syarikat kepada DZ Trade Malaysia Sdn Bhd. Dz Trade adalah pengilang utama bagi syarikat kami. Berpengalaman lebih 14 tahun di dalam industri pengilangan kontrak. Diasaskan oleh sepasang suami isteri iaitu Datin Sabrina Ahmad dan Dato Zulkifly Mohamad.

Pengalaman bersama DZ Trade membuatkan pengasas menubuhkan pula Fereena Beauty Care bagi mengeluarkan pula produk- produk yang di labelkan atas nama sendiri. Ditubuhkan pada awal tahun 2013. Pemprosesan yang dijalankan oleh syarikat kami adalah mengikut standard Amalan Pengilangan Terbaik ( Good Manufacturing Practice ).

Produk-produk yang diproses dan dikeluarkan oleh syarikat kami adalah mengikut piawaian dan kesesuaian dengan kehendak pasaran serta dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan dan kualiti produk dijamin mencapai taraf antarabangsa.

Antara produk keluaran kami adalah Ferwhite, Ferwhite Plus, Pinky Rose, Vicatu, Fereena Coffee dan banyak lagi. Pelancaran produk telah berlansung pada bulan march yang lalu bertempat di Seri Pentas TV3.

Matlamat utama syarikat ialah menghasilkan produk berkualiti tinggi setaraf jenama terkenal dengan harga yang berpatutan serta tidak membebankan pengguna. Syarikat juga berusaha untuk memperkenalkan produk baru dan berusaha untuk mengembangkan pasaran produk dan dalam usaha menjadi pusat pengeluaran utama produk kesihatan dan kecantikan untuk pasaran Asia Tenggara.